Tuesday, October 21, 2008

kisah orang2 kaya............

PERTIMBANGKAN fakta-fakta berikut. Sebuah kereta Proton Waja automatik berharga RM64,176 di atas jalan.

Harga minimum sebuah rumah berangkaidua tingkat yang sedang dibina di USJ, Selangor ialah RM219,888.

Sebuahpesawat Boeing 747- 400, kapal terbang penumpang terbesar di dunia,berharga RM703 juta.


Sekarang pertimbangkan pula fakta-fakta berikut. Nilai kekayaankorporat usahawan media, telekomunikasi dan judi, Tatparanandan AnandaKrishnan boleh membeli 136,655 buah kereta Proton Wira, 39,888 buahrumah berangkai dua tingkat dan 12 buah pesawat 747-400.

Demikianlah kayanya orang terkaya di Malaysia bagi tahun ini mengikut bancian 40tokoh korporat Malaysia terkaya oleh majalah perdagangan MalaysianBusiness (keluaran 16-28 Februari, 2003).



Majalah itu mentaksirkan pegangan saham Ananda Krishnan dalamsyarikat-syarikat miliknya bernilai RM8.77 bilion atau RM8,770 juta.

Dengan kekayaan sebanyak itu, Ananda mengalahkan “Raja Gula”, RobertKuok Hock Nien, yang selama beberapa dekad adalah orang terkaya diMalaysia.
Kekayaan Robert Kuok yang dianggarkan bernilai RM8 bilion,jatuh sebanyak RM800 juta daripada tahun lalu.

Kekayaan Ananda Krishnanberganda daripada RM4.2 bilion tahun lalu melalui peningkatan nilaisaham syarikat-syarikatnya dan tawaran awam saham-saham syarikat MaxisCommunications Berhad miliknya.
Kejayaan usahawan raksasa seperti Ananda, Kuok, Tan Sri QuekLeng Chan (Hong Leong Bank), Tan Sri Lim Goh Tong (Genting) dan Tan SriYeoh Teong Lay (YTL Corporation) berlaku ketika beberapa nama besardalam dunia korporat Melayu hanyut dibawa arus kegawatan ekonomi.

Tokoh-tokoh seperti Tan Sri Tajudin Ramli, Tan Sri Shamsuddin Kadir danTan Sri Abdul Rashid Hussain terkeluar daripada senarai itu menyebabkanbilangan usahawan Melayu yang menganggotainya merosot daripada 11 tahunlalu kepada hanya tujuh tahun ini.


Tokoh-tokoh korporat Melayu yang menganggotai senarai 40 ituialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dengan kekayaan sebanyak RM1.67bilion menduduki tempat ketujuh, pemaju hartanah Tan Sri Mustapha KamalAbu Bakar (RM1 bilion), Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah (RM625.3juta), Datuk Hamdan Mohamad (RM613.7 juta), Tan Sri Rozali Ismail(RM570.6 juta), Tan Sri Azman Hashim (RM543.6 juta), Tan Sri SalehSulong (RM264.5 juta) dan Tunku Datuk Yaacob Tunku Abdullah (RM193.2juta).

Dengan kekayaan terkumpul sebanyak RM5.48 bilion, mereka tidakpun mampu mengatasi kekayaan Ananda atau Kuok.


Bagi tokoh-tokoh korporat bukan Melayu, selain berjayamenangani krisis ekonomi serantau tahun 1997 dengan lebih baik, merekatidak banyak menderita kecaman dan kutukan berbanding usahawan Melayu.Ini termasuklah ahli korporat bukan Melayu yang gagal.

Akibatnya,tercetus tanggapan bahawa hanya usahawan Melayu yang gagal danbergantung kepada pertolongan kerajaan. Tanggapan ini songsang samasekali.


Banyak usahawan bukan Melayu yang mengalami masalah teruk akibat krisisitu. Majoriti daripada mereka yang menjadi kaya-raya sebenarnyamendapat bantuan kerajaan. Malangnya, tidak banyak orang, khasnya orangMelayu, yang menyedari hakikat ini.

Misalnya, tidak banyak yang tahubahawa Sime Bank Berhad milik Sime Darby muflis akibat pinjaman raksasayang diberikannya kepada segelintir usahawan dan syarikat bukan Melayuyang muflis akibat krisis 1997.

Sebaliknya yang menjadi bahan berita ialah kegagalansyarikat-syarikat dan projek-projek penswastaan yang membabitkanusahawan Melayu seperti Renong, United Engineers Malaysia, SistemPenerbangan Malaysia (MAS), Celcom, Malaysian Resources CorporationBerhad (MRCB) dan Pernas.


Hakikat bahawa projek monorel milik bukan Melayu terbengkalaibegitu lama dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar KualaLumpur dan bertukar tangan, hampir-hampir tidak mendapat perhatiansehinggalah seorang wartawan cedera parah dihempap flywheel kenderaanitu.

Kebanyakan orang hanya tahu bahawa Robert Kuok menjadi kaya-rayakerana monopoli gula dan Lim Goh Tong kerana lesen kasino. Tidak banyakyang tahu bagaimana dan daripada siapa mereka memperoleh monopoli itu.


Bapa Robert Kuok bernama Kuok Keng Kang mengasaskan empayarnyamelalui perniagaan gula, beras dan gandum dengan bantuan Sultan Johorsekitar tahun 20-an. Keng Kang adalah pendatang dari wilayah Fujian,China. Menurut laporan akhbar The Star, milik MCA (4 Jun, 2001), KengKang begitu akrab dengan orang kenamaan Melayu Johor sehingga merekasanggup menolongnya mengatasi ketagihan candu.


Usahawan kasino Lim Goh Tong pula membina dan memodenkanempayar korporatnya melalui lesen kasino daripada Kerajaan Pusat dantanah di puncak gunung diterima daripada kerajaan Pahang pada awaltahun 70-an.

Manakala YTL menjadi besar kerana kontrak membina sekolahdan hospital daripada kerajaan, lesen menjana elektrik (IPP) danperkongsian membina rumah dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Menurutlaporan The Star, loji penjanaan elektrik YTL di Terengganu memperolehihasil RM1 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM400 jutasetiap tahun sejak 1998.


Tetapi kejayaan Ananda adalah contoh klasik bagaimana seorangusahawan bukan Melayu mengambil kesempatan daripada dasar mesra niaga(business friendly) kerajaan dan keakraban dengan kepemimpinan negara.

Cara Ananda Krishnan membina empayar korporatnya menakjubkan. Beliaubukan muka baru dalam dunia korporat Malaysia kerana pernah menjadiahli lembaga pengarah Bank Negara dan Petronas serta menaja konsertperingkat antarabangsa seperti Live Aid oleh pemuzik Sir Bob Geldorfpada tahun 1980-an.


Namum beliau menjadi terkenal hanya mulai tahun 1990-an apabilamendapat penswastaan padang lumba kuda Jalan Ampang, Kuala Lumpur, yangkini menjadi tapak KLCC dan Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat padatahun 1989.

Beliau dilaporkan membayar RM110 juta untuk tanah itu danmembelanjakan RM300 juta untuk memindahkan syarat kegunaannya sebagaitapak KLCC. Beliau kemudian menjual 51 peratus projek itu kepadaPetronas dengan harga RM600 juta.

Akhir tahun lalu, beliau menjual baki49 peratus saham miliknya dalam KLCC Development Sdn. Bhd. kepadaPetronas dengan harga RM1.2 bilion.


Tidak keterlaluan jika dikatakan Ananda Krishnan adalah usahawan paling bijak meniti laluan beranjau politik Malaysia. Beliaurapat dengan kepemimpinan tertinggi politik Melayu, bermula denganTengku Razaleigh Hamzah berdekad-dekad lamanya.

Kini beliau berpotensimenjadi orang paling berpengaruh dalam kehidupan seharian Malaysiakerana empayarnya merangkumi sektor-sektor strategik sepertitelekomunikasi angkasa dan bumi (Binariang dan Maxis), radio dantelevision (Astro), perjudian (lumba kuda dan loteri Pan MalaysianPools), perkapalan dan industri minyak (Bumi Armada), penjanaanelektrik (Powertek Berhad) dan perfileman.


Pencabar utama

Dengan lebih 40 saluran tv dan radio serta pelanggan yangmenjangkau satu juta, Astro kini menjadi pencabar utama kepadastesen-stesen tv terrestrial iaitu RTM, TV3 and ntv7.

Dalam konteksyang lebih luas, kejayaan sebahagian besar ahli perniagaan Malaysiamenyelamatkan diri dan empayar korporat mereka daripada kesan negatifkrisis ekonomi 1997 dan menambah kekayaan peribadi mereka, harus diberipengiktirafan.

Ia sekali gus membuktikan daya tahan sektor korporat dankeutuhan ekonomi negara hasil daripada dasar-dasar kerajaan dan pakejpemulihan ekonomi yang diperkenal selepas krisis 1997.


Berbanding tahun lalu, nilai pasaran 40 tokoh ini meningkat 20peratus daripada RM41.7 bilion kepada RM50 bilion, iaitu bersamaankira-kira 25 peratus keluaran dalam negara kasar (GDP) Malaysia.

Kejayaan ini dicapai dalam suasana pasaran saham yang lembap danpemulihan ekonomi dunia yang tidak menentu akibat keganasan dan ancamanperang Amerika terhadap Iraq.


Sektor korporat atau dalam bahasa yang lebih mudah, bidangperniagaan, adalah antara komponen utama ekonomi negara kita yangpaling teruk menderita kesan krisis ekonomi serantau.

Banyak ahliperniagaan, empayar korporat dan bank-bank tempat mereka meminjam menjadi muflis. Satu demi satu empayar korporat yang sebelum itudisanjung dan menjadi idaman, runtuh ibarat istana pasir dilanda ombak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin