Monday, January 19, 2009

AmaZinG JuarA LaGU 23







Juara lagu ke 23 bertemakan ILUMINASI MUZIK telahpon dinobatkan didalam Anugerah Juara Lagu Ke 23 AJL23 semalam (18/01/2009) dengan lagu,lagu untukmu dari Meet Uncle Hussein MUH telah dinobatkan sebagai juara lagu terbaru bagi tahun 2008 menyambung legasi penguasaaan dari band2 indie iaitu kesinambungan dari kemenangan estrange tahun lepas dengan lagu itu kamu..

Boleh dikatakan yang kemenangan ini mengejutkan banyak pihak dan MUH bkn la antara nama yang popular untuk diundi sbg pemenang oleh penonton tetapi apabila yang profesional yang menjadi juri,segala kemungkinan boleh berlaku dan hanya karya yang terbaik dipilih,bkn artis yang popular sepertimana program lain dimana jari menjadi juri..

Edisi kali ini TV3 lebih berani untuk menolak kemodenan semasa dengan menafikan hak jari jadi juri dengan terhapusnya sistem undian sms untuk persembahan terbaik..ini bermakna tv3 kini matang dalam penganjuran dan tidak terikut dengan senario semasa..ini juga bermakna tv3 betul2 serius dalam mengiktiraf karya terbaik dan ini dapat dilihat dengan jelas dalam penganjuran kali ini..syabas tv3

Kali ini juga dapat dilihat persembahan dari peserta baik yang baru pertama kali seperti faizal tahir,stacy,aizat, heliza serta zahid dan aiman sama hebat untuk berentap dengan artis2 yang telahpon mengukir nama di ajl sebelum ini seperti spider,ziana zain serta elyana.
Tidak keterlaluan jika dikatankan semua pendatang2 baru tersebut setanding dengan penyanyi lama malah ada yang lagi baik dari yang lama...

Sedikit kekecewaan untuk kategori etnik kreatif melalui persembahan pendatang baru aiman dan farawahida yang nampak seperti serba tidak kena manakala gandingan bidang terjun antara heliza dan zahid menjadi dan zahid membuktikan yang pilihan raja sms mawi untuk beliau menggantikan mawi yang hanya beminat untuk menyanyikan lagu fantasia bulan madu kerana sedang berbulan madu di korea buat ketika ini adalah pilihan tepat..





Gandingan pertama kali dari pasangan

bidang terjun iaitu zahid dan heliza
nampak menjadi dan ada keserasian.





Persembahan......

Rata2 antara kita tau yang faizal tahir yang tampil buat kali pertama diatas pentas ajl telah membawakan satu persembahan yang cukup bagus dan selayaknya persembahan lagu sampai syurga di iktiraf persembahan terbaik ajl 23..

Tapi kita x boleh jugak memandang rendah pada stacy yang menampilkan persembahan yang agak bertenaga dan mampu menggugat artis sedia ada dari segi penguasaan tarian dan vokal yang lantang dan cukup baik untuk lagu2 berntak rancak..
Seperti judulnya aku stacy ternyata lagu ini mmg untuk stacy dan stacy memang pukul habis.

Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan yang stacy adalah bintang af yang terbaik pernah dihasilkan rancangan realiti no 1 akademi fantasia dengan penguasaan 2 elemen penting bagi seorang penyanyi iaitu tarian dan vokal.syabas stacy..

Vokal.....


Vokal jantan dan lantang dari faizal tahir berjaya memikat hati juri untuk menobatkan persembahan beliau melalui lagu sampai syurga sebagai persembahan vokal terbaik..

Vokal ziana melalui 'come back' yang menyanyikan lagu dingin berjaya memecahkan keheningan malam anugerah.Ternyata ziana masih
lagi berbisa didalam persebahan seperti di zaman dahulu kala..Tatkala kita asyik dengan senior industri,ternyata para pelapis untuk senior ini telah pon tersedia..ini dapat dilihat dengan persembahan dari stacy,aizat dan elyana..

Walaupon stacy ada kala termengah sedikit tetapi kelemahan ini langsung tidak mencacatkan persembahan beliau kerana keberanian dan kemampuan stacy menyanyi dan menari dalam masa yang sama..adalah amat jarang dilakukan oleh penyanyi2 malaysia...

Dari segi vokal,farawahida dan aiman ternyata perlu lagi banyak belajar.kerana persembahan vokal mereka antara yang terburuk di malam ajl23.

Kepuasan hati....
..Celoteh bersahaja dari 3 penacara ini tetap menghidupkam
malam ajl23 walaupon tanpa skrip merapu dan keterlaluan..


Memang puas hati dengan semua persembahan dan aturan malam ajl..Majlis yang diacarakan ally iskandar,cheryl samad dan FBI nampak tenang dan berjalan lancar tanpa celoteh panjang yang merapu meraban.sederhana tetapi meriah.

PILIHAN ZUA THE GREAT

Vokal Terbaik
  1. Stacy
  2. Ziana Zain
  3. Faizal Tahir
Persembahan Terbaik
  1. Stacy
  2. Faizal Tahir
  3. Ziana zain
Juara Kategori Balada
  1. Aizat
  2. Ziana zain
  3. Faizal Tahir-Coba
*dimenangi faizal tahir-sampai syurga

Juara Katergori Pop Rock
  1. Spider
  2. Muh
  3. Stacy
Juara Lagu
  1. Spider
  2. Aizat
  3. Faizal Tahir
*dimenangi MUH-Lagu Untukmu

Ngomel Zua The Great

  1. Persembahan menarik faizal tahir dicacatkan dengan penampilan berambut yang diwarna serta kuku dihitamkan..agak negetif.
  2. Elyana nampak tenang dan bersahaja seperti persembahan di talentime sekolah menengah..terlalu bersahaja hingga nampak simple dan tidak segah ajl.Mungkin disebabkan terlalu lama diatas tangga dimana penonton mengharapkan beliau akan turun dari tangga di pertengahan sebaliknya elyana lagi senang unutk terus duduk diatas tangga sehingga selesai persembahan.
  3. Penampilan kali pertama aizat nampak ketara dengan permulaan yang sedikit gugup tetapi aksi selamba menyelamatkan persembahan amatur aizat di ajl23.
  4. Persembahan penutup gandingan bintang kecil dan bintang besar nampak menjadi dan unik.Pendedahan awal kepada bakat cilik di pentas besar dan gah.
  5. Imej ayu oiam nampak kelainan dan dibayangi imej oprah seperti kata pengacara majlis.

credit to : www.gua.com.my
gambar2 ihsan dari guamuzik.com.my

3 comments:

  1. mmm...sgt hebat mengulas..bley jd wartawan...hehehh... anyway, yana pon ske tgk p'sembahan stacy mlm tu ...very energetic!! apa2 pun, Meet Uncle Hussein mmg rock!! mmg bukan buat2 pny jerit..sama mcm masa yana pegi gig KAMI ari tu... mmg meremang bulu roma la..hehehhe....

    ReplyDelete
  2. thank anyway sb sudi gak baca tulisan saya yg x seberapa..thanks

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin