Tuesday, February 10, 2009

FRU Berkampung di bandar DiRaja...

kalau ikutkan malas untuk berbicara lagi tentang ini..tapi bila institusi diraja melayu dicemuh..saya terpanggil untuk menulis pandangan bersifat peribadi ini.....

Akhirnya..pergolakan politik perak membuatkan pasukan simpanan persekutuan FRU berkampung di kuala kangsar dan gas pemedih mata pula memenuhi segenap ruang kota diraja..
jika sebelum ini bandar kuala kangsar lengang dari tumpuan luar kecuali laksa sayong dan labu sayong yang mendominasi kepopularan kuala,,tapi kini istana bukit chandan mengambil alih.

Semua nya gara2 campurtangan istana didalam politik hingga membawa kepada perlantikan MB dari BN sedangkan MB dari Pakatan Rakyat masih lagi tidak meletak jawatan seperti dititahkan baginda sultan penaung negeri Perak,Sultan Azlan Shah..

Sekelip mata bandar kuala yang setenang air sungai perak (jangan sangka clear water no boya) bertukar huru hara apabila segerombolan rakyat perak mendurhakai titah raja membuat rusuhan seiring majlis nagkat sumpah MB BN..

Rakyat atau pengikut pakatan rakyat yang sedikit extreme membuat onar akan tuanku..lebih teruk apabila mereka bertindak menyekat kereta Raja Muda Nazrin yang dalam perjalanan menghadiri majlis angkat sumpah berkenaan..

Sedikit memalukan apabila perkara tersebut beraku di hari jumaat..hari kebesaran umat islam..tambah memalukan lagi apabila berlaku selepas solat jumaat..apakah mereka tenang semasa bersolat?(khusyuk atau x,itu bkn urusan kita..hanya Allah lebih tau)

Diperhatikan pula,majoriti yang melakukan demonstrasi tersebut bkn kaum lain..tetapi melayu muslim..lagi membuat kan kita terkilan..

walaupon tidak berpuas hati..bkn itu cara kita..dalam islam tidak mengajar kita begitu bahkan dituntut untuk kita mentaati pemerintah selagi tidak bercanggah dari agama islam..islam sendiri membawa maksud selamat..jika keadaan ini adakah selamat?

TIDAK SELAMAT sama sekali apabila keadaan begini terjadi..ekonomi setempat terganggu..perjalanan hidup rakyat tempatan terjejas apabila kebanyakan jalan ditutup dan sekatan merata2..Minda anak2 kecil juga akan terganggu..xkan dari kecil lagi mereka didedah dengan budaya begini..ini bukan budaya melayu..bukan budaya islam..ayuh sedar bangsaku..
Xkan kita nak generasi muda masa hadapan mengikut contoh begini?apakah malaysia pada masa depan akan duduk sama tinggi dengan thailand dan indonesia?x puas hati jer merusuh..ckit2 merusuh..sikit2 merusuh..apa nak jadi?
dongakla pada kedua negara jiran terdekat kita..tepok dada ......jangan tanya hati,nnt mati..jgn tanya nafsu,nnt lesu..
tanya akal kita..adakah kita mahu negara kita lagi 5 tahun atau 10 tahun jadi seperti thailand dan indonesia..generasi muda kini la pemangkin kemajuan negara dimasa depan..

its ok ekstrem pada parti..tapi untuk bertindak..pikir dulu..jika anda suami,fikir la anak2 dia rumah,isteri dirumah..apa akan jadi pada mereka jika anda ditangkap..

jika anda seorang pekerja,apa akan jadi pada tanggunjawab anda pada majikan?adakah anda akan jadi orang tidak bertanggungjawab?

jika anda seorang anak,pikir la apa akan jadi pada ibu bapa anda jika anda tiada sedangkan tanggunjawab utama anda menjaga mereka..kemana pergi sifat tanggungjawab pada kedua orang tua..orang tua yang membesarkan anda..bukan parti yang membesarkan anda,,

Jika anda ditangkap..anda rase ada ke orang akan pikir pasal anda?tidak sama sekali..semua lepas tangan..akhirnya anda dan eluarga anda yang merana..

x salah jika kita ingn berpolitik..tetapi..pikir dulu sebelum bertindak..masih banyak lagi cara..bkn dengan melalak dan memekik ditepi jalan..itu hanya mencemar nama dan identiti negara malaysia saja....

Hormatilah kesultanan melayu kita..itu sahaja yang tinggal untuk melayu..itu sahaja yang tinggal menggunakan nama melayu selain dari KTM (kereta api tanah melayu )..

Akhir kata..HAL POLITIK...BIARLAH ORANG POLITIK YANG SELESAIKAN...

1 comment:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin