Thursday, February 5, 2009

POLITIK OOO POLITIK.....



APA KES????

Aku x la terer sangat nak berpolitik..aku saje mencoret ikut apa kata hati aku kata...
Aku terpanggil nak menulis ni sebab aku ada lah anak kelahiran perak..so perak tetap dihatiku..''yeh hai perak mere jaan''...hehehehe.

Seperti sume org tau..semalam 5 feb kita dikejutkan dengan ura2 pembubaran kerajaan negeri perak yang baru mahu merangkak ke ulangtahun pertama oleh Datuk Seri Nizar..Untuk pertama kali di dalam sejarah,DUN dibubar tanpa perkenan sultan terlebih dahulu.Apakah DSN terlalu terdesak untuk menggunakan veto bg mengelak BN membentuk kerajaan baru setelah 3 adun Pakatan Rakyat lompat keluar dari pakatan mewujudkan mata seri antara BN dan PR..

Pergolakan di perak walau pada awalnya lagi menampakkan goyah apabila Sultan bertitah inginkan sorg MB melayu sedangkan PAS & PKR dlm pakatan rakyat bukanlah pemegang majoriti kerusi dun..Tetapi DAP terpaksa la jgk 'merelakan' tapuk pimpinan no 1 perak diterajui DSR dari pas..Datuk Seri Nizar.. (apakah akan terpaksa meninggalkan kerusi MB?)

Mungkin pada mata kasar tampak gah wakil PAS di puncah singgahsana..tetapi jika direnung dalam menggunakan mata hati..?? adoyaiiiiii..

Kita juga terlupa untuk renungkan..adakah bila dapat kedudukan selesa,rumah besar,kereta besar dan income lumayan 'mereka' yang diatas masih boleh buat kerja untuk rakyat atau akan lena dibuai mimpi indah diatas kerusi empuk..

Kita hanya 'proxy' semata..bagaimana didalam mesyuarat exco DSN nak membuat keputusan menjaga hak melayu jika majoriti sidang adalah bkn melayu,macamna beliau akan dapat majoriti undian??..bukan soal perkauman yang timbul di perak tetapi isu pencabulan hak melayu terutama kes hakmilik tanah diserah kepada pihak yang tidak sepatutnya.

PUTAR BELIT POLITIK PERAK

Bermula dengan kemasukan adun bota ke dalam PR..PR menyorak tanda kemenanga..Dalam asyik melompat kegirangan,PR tidak sedar 'poket' mereka koyak..lalu tercicir la syiling2 mereka.

Mayb DSN dapat hidu atau dapat 'dengar' duit siling jatuh bertabur n belum sempat syiling masuk 'longkang' DSN menyekat terlebih dahulu dengan menyerah surat perletakan jawatan yang ditandatangan terlebih dahulu pada 3 mac tahun lepas..Tapi nasib tetap tidak menyebelahi DSN apabila dari segi undang2..tidak sah..Terpaksala DSN 'angkat kaki mebiarkan 3 syiling masuk ke longkang.NASIB BADAN.......

Satu cerita lagi..Dulu..BN amnya dan UMNO khususnya beriya2 maki hamun para pelompat parti semasa DSA mencanangkan akan ada ahli parlimen BN akan melompat parti.

Ada yang kata tidak bermoral,ada kata pengkhianat parti,ada kata mengkhianati pengundi dan macam2 lagi..

Tetapi mengapa sekarang DSnajib beriya-iya merestui tindakan 3 ahli PR..adakah disebabkan menyebelahi BN??jadi apa2 pon boleh?itukah dasar UMNO dalam kerajaan.Harap2 DSnajib tidak terikut2 amalan begini didalam pemerintahan beliau kelak.

Apakah DSnajib begitu terdesak inginkan kemenangan bagi mengubat duka setelah 2 kali gagal dalam pengemudian pilihanraya (permatang pauh & kuala terengganu)..

Bolehkah ini dianggap kemenangan jika dulu mereka beriya2 melaungkan anti lompat parti?
bagi saya..ini bukan kemenangan.xkan konsep ketam ajar anak jalan lurus hendak dijadikan teras dalam pemerintahan beliau?DSnajib cuba renung balik...

Apakah DSnajib ingin meraih kepercayaan rakyat menjelang beliau akan ke tampuk pemerintahan no1 negara?
Apakah rakyat akan percaya..bagi saya rakyat akan kata ini taktik kotor..
Dulu marahkan PR ,sekarang??

PERLUKER???????

Perlukah : !!!!!!!!!

  1. Pada mulanya UMNO kata no to lompat parti.tp say yes sbb masuk UMNO.
  2. Perluker begitu terdesak DSN bubar DUN (tanpa perkenan DYMM SAS)
  3. Perlukah dalam malaysia sibuk berkempen berjimat dalam kesuraman ekonomi,pilhanraya diadakan sepertimana semua orang tahu akan melibatkan amaun yang besar.
  4. Perlukerrrr DSnajib menerima ahli politik yang masih dalam masalah sedangkan yang sedia ada dalam umno punya masalah pon belum dapat diselesaikan masalahnya..
Apa2 pon..mohon la pada ALLAH agar memberi hidayah kepada DYMM Paduka Sultan Perak agar membuat keputusan yang betul2 akan memelihara rakyat negeri perak.Termasuk la teman..

Ramalan apa akan jadi selepas ini...aku rasa pas ni rakyat perak ttp akan bergaduh berebut jawatan..(dah dari MB lagi sama) terutama jkkkp & jkkkn disebabkan pilihanraya..pembangkang akan cuba untuk tarik balik adun untuk masuk PR..sampai bila nak jd camtu?x kan tiap2 tahun nak tukar kerajaan??xkan perak nk jadi macam thailand??..x tau la apa nak jadi ngan politik malaysia..politik..ooo politik...seb baik la perak dikurniakan sultan yang bagus n adil malah antara yang paling bijak as pemerintah negeri..xde la hiruk pikuk sangat..hehehehe

korg leh jgk ke sini.... http://chedet.co.cc/chedetblog/ (luahan hati mantan PM malaysia paling bijak)

1 comment:

  1. owh...bijak sungguh anda mengulas pandangan terhadap pertukaran kerajaan di perak nih..ceewaaaHH! ape2 pun..sgt dikesali kes rusuhan dkt k.kangsar br2 ni..sgt mendukacitakan!! dah la merusuh lepas semayang jumaat (i wonder wut were they thinking during prayers) buruk sgt nampaknyer... malu melayu..malu islam... kalu tak setuju pown..ada cr yg lebey baik unt xpress kn perasaan tu.. plg kesal ada yg sanggup block kereta Raja Muda!! very rude.. isk2!!! ape nak jd ni.. juz faCe the fact.. anyway, gud job Azwa!! heheheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin